Sunday 5 May 2013

sedarlah wahai remaja islam yg dahagakan cinta mnusia..


(dipetik drpd ustazah fatimah syarha)  Warga kampus demam 'exam'. Saya pun salah seorang di antara ribuan 
siswa-siswi yang disapa wabak 'final exam'. Saya suka belajar di 'library'. 
Hari itu, usai solat Asar di masjid, saya bergegas mahu mengulangkaji di 'library'.
'Library' penuh. Ramai pelajar yang tekun belajar, menyiapkan nota, 
mengadakan perbincangan dan ada  juga yang kelihatan kelam-kabut 
menyiapkan 'assignment'.

     Seperti biasa, setiapkali masuk ke 'library', jika tiada 'study group' yang
dirancang,saya akan mencari tempat kegemaran saya.Di ruang tempat duduk
individu di tingkat dua, paling hampir dengan dinding.  
Saya suka duduk di tempat yang sama sebabnya saya sudahpun berkenalan
dengan tempat itu. 

Jika saya memilih tempat lain,
sudah tentu saya perlu memperuntukkan sedikit masa untuk berkenalan
dengan tempat tersebut terlebih dahulu. Melihat suasana sekitarnya, 
mejanya, kerusinya, hiasannya, buku-buku yang ditinggal di atasnya 
dan sebagainya.

Agak membazir masa.

   Alhamdulillah, tempat kegemaran saya masih kosong. 
Saya segera mendudukinya. Belum sempat meletakkan buku-buku 
di atas meja, pandangan matasaya sedia tertumpu pada tulisan yang 
tertulis di atas meja tersebut. 
Dengan pensil.
Aku baru jerr putus cinta. Sedih gilerr…Adalah minah ni dia
 rampasnyeerr boyfwenz aku. Tension giler aku waktu 2…
Pedih tul rase di hati ini…minah tu lak macam lah x de org lain
Boyfwenz aku gak dia nak. Argghh! Tensionnyerr belajar
Boringnyerr belajar. Argghh! Help me. Slack in this university. 
Oh…no! 

   DBP jangan marah saya ye. Saya bukan nak rosakkan bahasa.
Saya cuma menyalin bulat-bulat luahan hati seorang siswi.
Mungkin satu pendedahan kepada masyarakat tentang bahasa remaja
kita. Saya bukan nak bercakap soal bahasa. Saya simpati pada siswi
yang mengalami ujian cinta ni. Di bawah tulisan dengan pensil tu, 
ada respon daripada seorang siswi lain, tulisannya lebih kemas,
dengan pen. Isy, menjadi-jadi vandalisme sekarang ni!. 
Apapun, respon yang diberi mungkin 
sedikit-sebanyak dapat mengubat sekeping hati yang lara.

Cinta itu buta…
Redha je la…
Ada hikmahnya…
Mungkin ke dapat org yang lebih baik dari dia nanti...

   Saya terfikir, apakah erti cinta yang telah menjajah minda 
remaja akhir zaman ini? Mana tidaknya, putus cinta membuatkan
seorang insan merana. 'Study' jadi mangsa. 
Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa,
bangsa dan agama hampir binasa. 
Oh, bisa penangan cinta! Aduhai…

   Saya teringat pula cerita seorang 'junior' yang datang 
mengadu masalahnya kepada saya. Ketika tu dah larut malam. 
Matanya merah, berair dan bengkak. 
Saya dapat menafsirkan dia dah pun berhari-hari berendam air mata.
Dia menceritakan peritnya ditinggalkan pak we.
Sudah seminggu hidupnya rasa terumbang-ambing.
Hanya tangisan menjadi peneman. 

   Selama ini dia terlalu mendambakan cinta lelaki tu. 
Hinggakan dia sanggup lakukan apa saja asal dapat memenangi 
perhatiannya.Walaupun lelaki itu sering memperlekehkannya
termasuklah menjadikan beg tangannya
sebagai tempat membuang sampah, 
dia masih lagi mampu bersabar.
Lelaki itu memanggilnya dengan panggilan 'bodoh' pun dia sabar saja.
Baginya cinta itu memberi. Biarlah dia yang berkorban. 

   Memang 'pengorbanan'nya tinggi. Dia sanggup meluangkan banyak masa 
untuk mengajar lelaki itu mana-mana subjek yang sukar agar lelaki itu rasa 
terhutang-budi. Bukan itu sahaja, dia sanggup menyerahkan tubuhnya untuk
dipegang-pegang ringan asalkan lelaki itu suka-hati. Lelaki itu suka mengambil
kesempatan dan tak pandai menghargai malah sering pula mencaci dirinya. 
Akhirnya, lelaki itu jumpa perempuan lain dan dirinya ditinggalkan begitu sahaja.
Remuk hatinya.

   Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya.  
Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari.
Terbit di hatinya keinginan yang sama.
Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah,
suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. 
Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan
remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

   Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu.  
Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah 
untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda 
mendapat seruan, yakinlah.

                Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah
 ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai
 cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. 
Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

               Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah
dan teruskan berusaha.Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki
dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu
yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. 
Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun
pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah 
menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. 
Teruskan berusaha! 
Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila
 seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,
              kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu.  
Dengarlah pesanku, 
cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. 
Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu 
untuk lelaki yang baik,begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). 
Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. 
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian 
peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. 
Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, 
si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu 
yang dimurkai Ilahi.
Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. 
Lupakan segala kegundahan.
 Ubatilah resah di hati. 
Dekatkan diri pada cinta Ilahi,
nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. 
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.

Saturday 20 April 2013

Apa khabar iman kita???

Bismillahhirahmanirahim..di kesempatan ini syukur kpd Allah swt yg masih memberiku sebuah kehidupan yg dipenuhi ujian yg telah dan bakal ku jalani...dunia hari ini cukup hebat dari segi perjalanan kehidupan...terbaru demam pru....pru merupakn medan utk mnentukn masa hadpan sesebuah negara..persoalannya jgn kita terlalu fanatik sehingga sanggup membenci lawan kpd prti yg kita gemari sedangkan seorg mnusia yg ada kllimah lailahailllah muhammadarasullulah merupakan saudara kita..brpolitik x de masalah cuma biar betul dengan apa yg islam ajar..x perlu provokasi....syaitan ketawa apabila mnusia saling berbalah apabila berckp tntg pendirian masing2 mengenai parti masing2.....yg penting apabila kita bawa agama dlm kehidupan mksudnya kita amal agama pada sebarng keadaan,ketika,di mana2..insyaallah kita akan berjaya....allah x pndg pgkat drjat tpi allah pndg iman dan amal......jgn ada pemikiran yg mggmbrkan amal agama hanya di masjid....agama islam itu syumul hingga hari kiamat...moga kita2 sama dpt amal agama wt ape yg allah perintah dan tinggalkn ape yg allah larang..ikut lah sunnah2 rasulullah pasti terdpt keistimewaan di dalam setiap sunnah...Wallahualam..moga saya dpt amal ape yg saya tuliskn ini..insyaallah.

Wednesday 30 May 2012

Assalamualaikum.....
alhamdulillah masih diberi nyawa oleh Allah S.W.T.masih mencari hidayah drpd Allah s.w.t...
betul kata para ulama..ilmu klau x diamalkan x de gunanya...
bukn senang prktik ilmu yg ade especially ILMU AGAMA...Iman...mudah disebut tetapi persoalannya adakah kita betul menghayati ape itu iman sebenarnya...iman perlu ditambah nilai dengan amalan zikir,solat2 sunat dan solat tahajjud..dan kita sebagai manusia yg lemah,apabila melakukan dosa hendaklah cepat bertaubat kpd yg esa..

Monday 12 March 2012

HARI KEBANGSAAN 2011

Buat julung2 kalinya,SEKOLAH IZZUDDIN SHAH,telah menyertai kawad hari kebangsaan yang diadakan di padang epoh.Pemilihan peserta2 kawad telah dilakukan sebulan sebelum tarikh pertandingan.Alhamdulillah seramai 55 orang pelajar telah terpilih utk mneyertai pertamdingan tersebut.Pihak sekolah telah memilih pihak rejimen askar melayu sebagai jurulatih kami.Kami diajar bagaimana mendisiplinkan diri dalam aktiviti kawad.Setelah berhempas pulas berlatih walau badai menimpa,kami tetap meneruskan latihan.Kami pernah Berlatih di Padang Polo,ipoh..Ada mengetawakan kami,,(x pernah dibuat org)...Setelah sebulan berlalu,tiba hari raptai...kami menaiki bas sekolah dengan semangat berkobar-kobar...antara pencabar kami ...x laen x bukan (SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH)..memang tension......SEtelah raptai tamat,kami semua kelihatan sangat lemah(first time kwad kt ats jln)....Kami juga mengucapkan ribuaan terima kasih la kepada guru2 yg begitu komited dlm prtndingan ini...Tiba Hari pertandingan......Kami bertolak sekitar jam 5 pagi...semangat mmg berkobar..dlm bas semua dah ready.....turun je bas ade pulak kelibat bas (serata)...dgn bas bru..kami x gerun lgsung..bajet saiko kami.....Pertandingan berjln sepeti biasa...setelah tamat pertandingan..keputusan belum diumumkan...kmi sgt kondifen utk mndpt tmpat prtama...malang sekali apabila diumukan kami mendapat tmpat ketiga dan membawa pulang cek (tipu)replika....(RM 1500.00)...tpi malangnye (taayah) dpt no 2..tmparn yg sgt hebat.....aku x dpt tgok penyampaian hadiah sebab terpakse blek ke kg halaman berikutan bas ke t.intan last pukul 6.00 petang...kenangan x bleh lupe arhh


wira2 sekolah izzuddin shah,ipoh....ak kt kanan sekali..haha..


aku yg kanan sekali..bersweeter...

Friday 9 March 2012

KENAPA AKU DIUJU????

..sebagai renungan........

 KENAPA AKU DIUJI?
 "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
 "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
 -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

 KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
 -Surah Al-Baqarah ayat 216

 KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
 "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
 -Surah Al-Baqarah ayat 286

 RASA FRUST?
 "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
 - Surah Al-Imran ayat 139

 BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
 "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
 -Surah Al-Imran ayat 200

 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
 -Surah Al-Baqarah ayat 45

 APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
 "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
 -Surah At-Taubah ayat 111

 KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
 "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
 -Surah At-Taubah ayat 129

 AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
 "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
 -Surah Yusuf ayat 12

 SABAR itu iman , DUIT bukan kawan , DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman..
 Silence is golden when you don't have a good answer
 

Friday 27 January 2012

dakwah itu penting...

assalamualaikum semua...alhamdulillah.allah msih beri kita peluang untuk melakukan aktiviti seharian.
sedarkah kita..apakah tugas sebenar kita di dunia fana' ini.Dakwah..apa itu dakwah..dakwah merupakan aktiviti menyeru ke arah kebaikkan dan menghalang kemungkaran.Dakwah sangat penting.apabila kita sering berdakwah kepada rakan2 maka secara x lgsung ia akan mengigatkan diri kita tentang apa dinasihati..bukankan ini benda yang baek..sambil menyelam minum air..ok....Dan ingat, x semesti nye nk berdakwah kene ade ilmu yang bnyk atau tauliah...sebenarnya cukup sekadar kita mempunyai ilmu tentang apa yag hendak diperkatakan..Sampaikanlah walau satu ayat...apa yg benar perlu kita terima dan yg buruk kita tolak tepi...waallahua'lam..wasalam

Titipan Untuk Wanita .

.
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan mahramnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.